Thursday, 25 September 2014

Sejarah Kemasukan Islam Di Borneo


SEJARAH KEMASUKAN ISLAM DI BORNEO


    Islam dipercayai menghampiri negeri Sabah pada abad ke-10 dan bertapak di Sabah selewat-lewatnya pada tahun-tahun akhir 1300 berdasarkan bukti bertulis jawi dalam bahasa Idahan di Kg Sapagaya, Lahad Datu.Sekitar abad ke-16, apabila negeri ini dibahagi kepada 3 zon, perkembangan Islam semakin meluas.
    Kawasan pantai di antara Pandasan hingga ke Kimanis di bawah kuasa de facto kesultanan Islam di Brunei; kawasan pantai dari Teluk Marudu hingga ke Sungai Sibuga di bawah kekuasaan Islam kesultanan Sulu; sementara bakinya sebagai kawasan bebas, iaitu kawasan pantai dari Pandasan ke Teluk Marudu di bawah kekuasaan pembesar-pembesar Islam yang bergelar Syerif.Hanya kawasan pedalaman dikuasai sendiri oleh beberapa suku kaum pribumi yang bukan Islam.
    Sepanjang persisiran Pantai Barat didiami oleh suku kaum yang beragama Islam. Suku kaum Brunei dan Kadayan di Labuan, Sipitang, Weston, Beaufort, Kuala Penyu, Menumbuk, Membakut, Bongawan, Kimanis hingga ke Papar,Sementara suku kaum Bajau menetap di Papar, kawang, Kinarut, Putatan, Tanjung Aru, Inanam, Menggatal, Mengkabong, Tuaran hingga ke Kota Belud dan kawasan utara Kudat dan Pulau Banggi.
     Pada masa awal perkembangannya, agama Islam sukar mempengaruhi suku kaum lain di Sabah seperti Kadazan, Dusun, Murut, Rungus dan lain-lain yang tidak suka hidup dengan pergantungan kepada pencarian hasil laut.Mereka banyak berada di kawasan daratan untuk mudah bercucuk tanam dan mengamalkan hidup sebagai pagan atau animisme. Kehidupan mereka yang berpindah randah di kawasan bukit bukau dan gunung ganang, terpisah dari kawasan yang sering dikunjungi oleh para muballigh Islam.
   Di antara pejuang-pejuang dan pahlawan Islam yang menentang Inggeris ialah Pengiran Usop yang dibunuh di Sungai Kimanis; Syerif Usman di Teluk Marudu, Haji Saman (1846) di Sungai Membakut, Datu Baginda Puteh (1879) di Sandakan, Paduka Mat Salleh yang gugur dalam pertempuran di Tambunan pada 31 Januari 1900. Sebelum perang dunia kedua, Putatan menjadi tempat penghijrahan ulama dari Kelantan pada tahun 1910an iaitu Haji Yaakub bin Haji Ali bin Abdullah. Sebelum ke Sabah, beliau mengembara dan berdakwah di Melaka, Selangor, Kedah dan Brunei.
   Haji Yaakub menetap berhampiran dengan Masjid Putatan dan beliau diangkat sebagai guru agama dan imam Putatan. Selepas berkhidmat sebagai 5 tahun sebagai imam Putatan, beliau dilantik sebagai Imam Jesselton pada 1920 dan dalam masa yang sama terus berkhidmat sebagai imam di Putatan buat beberapa tahun.Pada 12 Oktober 1934, Haji Yaakub mengangkat anaknya Haji Mohd Suhaili sebagai imam Putatan ketika Haji Suhaili baru berumur 16 tahun sehingga 11 Februari 1940 dan berhijrah ke Jesselton menjadi imam di sana menggantikan bapanya yang menghidap penyakit lumpuh.Haji Yaakub meninggal dunia semasa berumur 100 tahun pada tahun 1941 dan dikebumikan di tanah perkuburan batu 2 1/2 jalan Tuaran.

   Haji Suhaili mengasaskan penubuhan Khairat Jumaat Muslimin pada tahun 1947 bagi membangkitkan kesedaran berpersatuan setelah berkuburnya Parti Kebangsaan Melayu dan Barisan Pemuda di Sabah.
Walaupun khidmat dakwahnya semakin meluas di Pantai Barat, penduduk Putatan terus mendapat khidmat bimbingan beliau. Haji Suhaili meletak jawatan sebagai imam Jesselton pada 21 Januari 1951 dan berhijrah ke Kuala Belait Brunei serta bertugas sebagai Naib Kadhi.Haji Suhaili kembali ke Putatan setelah meletak jawatan pada 30 November 1951. Beliau bergerak dari daerah ke daerah untuk berdakwah sehingga beliau berhijrah pada 28 Februari 1954 ke Labuan. Bimbang dakwah Haji Suhaili semakin meluas, kerajaan Inggeris menghalau beliau keluar dari Sabah dengan notis 24 jam.Haji Suhaili kembali ke Brunei sehingga kembali ke Rahmatullah pada 4 Februari 1985.
    Kerja dakwah diteruskan oleh Awang Abd Latif bin Awang Mohd Taha yang merupakan menantu kepada Haji Yaakub. Beliau menjadi imam di Putatan pada 1 April 1934 selama 6 1/2 bulan sebelum berhijrah ke Tuaran dan menjadi imam daerah di sana.Nama-nama lain yang tercatat sebagai pendakwah di Putatan ialah Haji Ahmad Mus bin Hj Ismail (imam Putatan pada 40an-50an), Haji Milin Jeratil (imam pada tahun 50an), Haji Jilun, Haji Said Hj Ismail, Haji Satur, Haji Muhammad Said Hashim, haji Abd Sani Basi, Haji Mahali Abu Bakar, Haji Suin Abdul dan lain-lain.
   Perjuangan Imam Yaakub dan Imam Suhaili diteruskan lagi oleh Hj Awang Sahari Abd Latif, cucu kepada Haji Yaakub dan anak saudara kepada Haji Suhaili. Hubungan yang rapat dengan Haji Suhaili menyebabkan semangat perjuangan Islam terus membara dalam diri Haji Awang Sahari khususnya bagi menubuhkan persatuan Islam. Haji Awang Sahari bersama beberapa tokoh masyarakat menubuhkan Persatuan Islam Putatan (PIP) pada 1959, di samping kewujudan Persatuan Islam Sabah (PIS) dan Persatuan Islam Tawau (PIT). Antara kejayaan PIP ialah meubuhkan sebuah sekolah agama iaitu Madrasah Tahzibiah yang dirasmikan oleh Tun Datu Mustapha pada 1965.
   Bermula 1961, usaha-usaha menggabungkan ketiga-tiga persatuan ini dilakukan. Akhirnya setelah wakil-wakil PIS, PIP dan PIT diundang ke rumah Tun Datu Mustapha di Tanjung Aru pada awal 1969, mereka bersepakat untuk membubarkan persatuan mereka bagi membentuk persatuan Islam yang baru. Jawatankuasa penaja dibentuk, kongres diadakan dan berjaya menubuhkan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) pada ogos 1969. Tun Datu Mustapha sebagai Yang Dipertua dan terdapat wakil-wakil PIP, PIS dan PIT di dalamnya. Era perjuangan Islam lebih tegas dan meluas sehingga terisytihar Islam sebagai agama rasmi negeri Sabah.





                                 Permulaan Dakwah Islam di Sabah.


  
Bermula pada era penjajahan British iaitu kira-kira abad ke-14 yang lalu.
Pendakwah Islam yang pertama datang ke Sabah berasal dari Sulawesi dan menyebarkan Islam di Lahad Datu. Buktinya terdapat manuskrip dalam bahasa Ida’an yang mengesahkan kedatangan Islam yang awal berlaku di Lahad Datu.

Antara nama-nama Pendakwah : a) Mandur Syarif
-Menyebar Islam di Daerah Ranau ,b) Ustaz Zaini Al-Palembangi
-Daerah Lahad Datu

                        Sebab kewujudan gerakan Islam di Sabah.

• Tuntutan agama Islam sendiri, iaitu Islam wajib disebarkan kepada orang lain, Islam dan bukan Islam.
• Bersaing dengan mubaligh-mubaligh Kristian yang datang untuk menyebarluaskan ajaran Kristian.
• Pedagang-pedagang yang datang dari Indonesia, Filipina dan Brunei berdagang ke Sabah, seperti ke Sandakan, Tawau dan Lahad Datu. Mereka pada mulanya berhubungan dengan penduduk setempat untuk berurus niaga, akan tetapi dengan keramahan dan kemuliaan hati budi yang ditunjukkan oleh para pedagang, akhirnya menambat hati penduduk kampung di daerah-daerah tersebut.

 Kesan-kesan adanya aktiviti Dakwah di Sabah:

• Persatuan Islam Tawau (tahun 1950-1960-an)
• Persatuan Islam Putatan (tahun 1950-1960-an)
• Sekolah Agama At-Thudiniyyah, Kg. Buang Sayang, Papar (tahun 1956)
(Diasaskan oleh Allahyarham Datuk Salleh Ibrahim)
• Selepas Merdeka - Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (U.S.I.A)1959
Tujuan penubuhan U.S.I.A : Menyatukan semua pertubuhan-pertubuhan Islam.
• Political Strategy(Pemerintah ketika itu Parti USNO)Menyebarkan Islam kerana Pemerintah adalah beragama Islam.
• Untuk capai status Negeri Islam, mesti penduduknya seramai 60% beragama Islam.
• Agama Islam sebagai agama rasmi di Negeri Sabah telah mendapat kelulusan daripada Dewan Undangan Negeri pada tahun 1971.
• Rentetan daripada itu, Majlis Ugama Islam Sabah telah ditubuhkan pada 1791 bagi mengurus tadbir hal ehwal Islam.

Agama-agama lain di Sabah

• Kristian,• Buddha,• Hindu,• Sikh,• Pagan

Purata penduduk bukan Islam di Sabah Kira-kira seramai 40% daripada penduduk keseluruhan di Sabah. Purata penduduk bukan Islam yang memeluk Islam setiap tahun mulai tahun 2000 ialah kira-kira 1,300 orang – 2,000 orang.
 




disediakan oleh = Siti Nor Faziah Binti Md.Judin
sumber= https//abunuha.wordpress.com,
              mumtazhumaira.blogspot.com

Saturday, 20 September 2014

Bincangkan sumber-sumber awal Kesultanan Melayu Melaka & aplikasi hokum kanun Melaka dan kesannya kepada undang-undang di Malaysia



Sumber-sumber awal Kesultanan Melayu Melaka.

v  10/19/11
o    Menurut "Suma Oriental", Parameswara ialah seorang raja Palembang yang menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi . Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill , sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura "orang yang berani"
Ø  10/19/11
o    Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencari tempat perlindungan yang baru.
o    Menurut Sejarah Melayu "Malay Annals" yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565 , Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyaknya.
o    Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka cuba mendirikan runtuh dengan serta merta.
Ø  10/19/11
o    Kemudian Parameswara berpindah ke Sening Ujong . Setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya beliau tiba di Sungai Bertam , iaitu suatu kawasan persisiran pantai. Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami di situ dan mereka meminta Parameswara menjadi raja.





Ø  10/19/11
o    Semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekor pelanduk menendang salah seekor daripada anjing-anjing burunya. Parameswara tertarik dengan kegagahan pelanduk itu lalu beliau memutuskan membina sebuah penempatan di kawasan tersebut. Selepas menanyakan nama pokok (Pokok Melaka) yang diteduhnya, Parameswara menamakan tempat itu "Melaka".
Ø  10/19/11

§  TEMPOH KESULTANAN MELAYU MELAKA
o    Sultan Iskandar Shah 1400 – 1424
o    Sultan Muhammad Shah 1424 – 1444
o    Sultan Abu Syahid 1444 – 1445
o    Sultan Muzaffar Shah 1445 – 1459
o    Sultan Mansur Shah 1459 – 1477
o    Sultan Alauddin Riayat Shah 1477 – 1488
o    Sultan Mahmud Shah 1488 – 1511
Ø  10/19/11

§  Sumber tempatan tentang Kesultanan Melayu Melaka
o    Sumber-sumber tempatan ertinya sumber-sumber mengenai Melaka yang ditulis dalam bahasa Melayu dan telah menjadi klasik dalam korpus kesusasteraan Melayu tradisional.


Ø  10/19/11
o   Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) merupakan satu karya sejarah mengenai kebangkitan , kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu. Namun terdapat pendapat yang mendakwa apabila (Portugis) menakluk Melaka, salinan Sejarah Melayu telah dibawa ke Goa.

Ø  10/19/11
o    Terdapat sekurang-kurangnya 29 versi tetapi versi yang paling mashyur adalah versi Shellabear . Menurut pengenalan Sejarah Melayu naskah Shellabear, Yang diPertuan Raja di Hilir Sultan Abdullah Mu'ayat Syah ibni'l Sultan Abdul Jalil Syah telah mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintah Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad@Mahmud (Tun Sri Lanang) pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal 1021 bersamaan 13 Mei 1612 agar menyunting salinan Sejarah Melayu yang dibawa oleh Orang Kaya Sogoh dari Goa/Gowa.
Ø  10/19/11
o    Sehingga hari ini, sekurang-kurangnya 29 salinan Sejarah Melayu , yang terdiri daripada pelbagai versi telah dijumpai. Ini membuat perkara-perkara yang lebih kompleks seperti yang mereka berbeza dari segi penyampaian kandungan dan pendekatan, walaupun subjek dan tema penceritaan yang sama iaitu raja-raja Melaka.


Ø  10/19/11
o    Sejarah Melayu Sulalatus Salatin dianggap penting kerana ia memberikan adat istiadat kerajaan , susunan raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu dan boleh dikatakan menyerupai konsep Sejarah Sahih China , di mana pada setiap pertukaran Dinasti di China , sejarah Dinasti sebelumnya akan ditulis dan disimpan di arkib negara tersebut.
Ø  10/19/11
o    Kandungan pada ilmu bahasa yang berbeza telah menyebabkan banyak kekeliruan dalam kalangan ahli sejarah yang menggunakan Sejarah Melayu untuk memahami penulisan sejarah Melaka.
o    Sebagai contoh, beberapa versi mendakwa bahawa jawatan Laksamana diperkenalkan di Melaka semasa pemerintahan Sultan Muhammad Shah (Raja Kecil Besar). Versi lain menyatakan bahawa ia dibuat semasa pemerintahan Sultan Shah Muhammad .
Ø  10/19/11
o    Terdapat juga versi Sejarah Melayu yang menyatakan bahawa Hang Tuah berasal dari Duyung di Melaka , manakala yang lain mengesahkan bahawa dia adalah seorang Bugis dari Sulawesi.
o    Cara terbaik dan hanya untuk ahli sejarah adalah dengan menggunakan Sejarah Melayu sebagai cara yang berhati-hati dan sebagai objektif yang mungkin di dalam batas-batas pentaksiran dan penulisan sejarah dan memahami masalah pertembungan dalam ilmu bahasa .

Ø  10/19/11
o    “ Tiada teks satu (Sejarah Melayu) boleh diterima sebagai, prioriti, lebih tepat mencerminkan badan tradisi yang terletak di belakang Sejarah Melayu atau lebih dekat kepada kebenaran sejarah. Nilai sejarah tradisi sejarah Melayu terletak tidak dalam mana-mana teks tertentu, tetapi dalam kajian perbandingan semua versi varian.”
Ø  10/19/11
o    Dua teks yang ditulis dalam genre undang-undang termasuk Undang-undang Melaka (Undang-Undang Melaka) atau Hukum Kanun Melaka (Undang-undang Kanun Melaka), dan Undang-undang Laut Melaka (Undang-undang Maritim Melaka) yang terdapat dalam beberapa versi.

v  Kesimpulan
o    Sumber-sumber awal mengenai Kesultanan Melayu Melaka seperti sumber tempatan, sumber dari China, sumber dari Arab, sumber dari Barat dan sumber arkeologi dan lain-lain lagi memainkan peranan yang amat penting dalam penerokaan pensejarahan zaman lalu khususnya Kesultanan Melayu Melaka.
o    Tanpa sumber-sumber ini, maka sukarlah ahli sejarah mengenalpasti situasi yang sebenar pada masa silam.






      Topic 2 : Bincangkan aplikasi hokum kanun Melaka dan kesannya kepada undang-undang di Malaysia

Ø  Latarbelakang Hukum Kanun Melaka (HKM) :
  • Disusun dengan lengkap oleh Sidi Ahmad.
  • Terbahagi kepada dua iaitu Hukum Kanun Melaka ( Undang-undang Negeri) dan  Undang-undang Laut Melaka.
  • Terdapat pengaruh Islam dan Hindu.
  • Isi kandungannya meliputi undang-undang Jenayah, Muamalah, Kekeluargaan,   keteranagan dan Acara.
Ø  Undang-undang Islam dalam Hukum Kanun Melaka
  1. Undang-undang Jenayah- terbahagi kpd 3 bahagian.
  2. Hukum Qisas Dinyatakan sesispa yg mengambil nyawa (membunuh) orang akan dibalas bunuh.Orang Islam yg membunuh orng kafir tak dikenekan qisas. Dalam soal mencederakan anggota juga akan dibalas perbuatan yg sama dan setimpal. Hala ini selari dengan surah al-Maidah ayat 45. Hukum Diat  Fasal 17 HKM menyatakan pembunuh dengan sengaja jika diberi maaf oleh waris akan dikenakan Diat(denda) Hal ini selari dengan mazhab Shafiee.Hukum Hudud berhubung dengan kesalahan zina,Qazaf,Mencuri, Minum arak dan Murtad. Sbgai cth kesalahan zina akan direjam sampi mati bagi yg tlh berkahwin dan disebat 100 x bagi yg belum berkahwin. Hal ini selari dengan surah anNur ayat 2 dan juga Hadith. Bagi kesalahan Qazaf akan disebat 80x sebatan.Bagi kesalahan minum arak akan disebat 40x sebatan. Hukum Ta’zir bagi kesalahan yg tidak dikenakan hudud dan qisas sprit mencuri tak cukup nisab akan dikenakan ta’zir. Cth akan diminta pulang smula barang yg dicuri atau digantung dileher dan di arak keliling kampong sebagai pengjaran.

Ø  Undang-undang Muamalah,
  • Ini berhubung dengan jual beli, riba, sewa, pinjam meminjam ada dinyatakan dalam fasal 30HKM. Cth disebut dengan nyata haramnya riba, tidak blh berniaga dengan orng gila.
Ø  Undang-undang Keluarga
  • Ini berhubung dengan perkahwinan,perceraian,wali talah dan sebagainya.Dlm hal ini semuanya selari dengan hukum Islam.
Ø  Undang-undang Keterangan dan Acara
  • Hal ini adalah berkaitan dengan syarat-syarat menjadi Sultan seperit mesti Islam, adil, pengampun,pemurah dan sebagainy. Disini dinyatakan juga hakim/ kadi dilarang menerima hadiah.
Penglibatan Ulamak dlm soal pentadbiran negeri disebut dengan nyata. Ulamak dan Kadi terlibat aktif dalam soal pertabalan, perkahwianan pemakaman seseorang raja/sultan. Meskipun pengaruh Islam amat ketara dalam hokum Kanun Melaka, masih terdapat banyak pengaruh Hindu dan adat Melayu yang bertentangan dengan Islam seperti perkara di bawah.
Ø  Undang-undang yang Tidak Selari Dengan Islam :
  1. Sultan berada di atas undang-undang  ( Konsep Devaraja)
  2. Hukuman qisas tidak dikenakan kepada sultan/ kerabat raja contohnya  Raja Muhammad telah membunuh Tun Besar, hukuman dibuang negeri.
  3. Hukuman hudud tidak dikenakan kepada sultan contoh  Sultan Mahmud telah berzina dengan isteri orang.
Ø  Mengamalkan Diskriminasi Dalam Undang-undang :
  • Tidak amalkan persamaan taraf,  ini kerana ada larangan memakai warna kuning, bina rumah seperti
Ø  Konsep Daulat dan Tulah :
  • Amalkan konsep pantang derhaka kepada raja/sultan walaupun memerintah dengan zalim.
·         Pengaruh adat Temenggung :
  • Mengikut Yusuf Hashim hanya 41% sahaja Hukum Kanun Melaka yang mempunyai Islam dan selebihnya pengaruh daripada Adat Temenggung.
 Kesimpulan
Walaupun HKM   diamalkan dengan meluas di Melaka dan menjadikan Islam sebagai  rujukan namun masih ada ruang yang bertentyangan dengan syarak.








Disediakan oleh,
Juriha Omar


Rujukan

http://www.slideshare.net/azlanmy73/bincangkan-sumber-sumber-awal-tentang-kesultanan-melayu-melaka

Friday, 12 September 2014

Kedudukan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia


Kedudukan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia 

Agama islam ialah agama persekutuan;tepi agama-agama lain boleh mengamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan.


  •    Dalam tiap-tiap Negeri melainkan negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama islam dalam Negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diistharkan oleh Perlembagan Negeri iyu,dan juga,tertakluk kepda Perlembagaan Negeri itu, segala hak, keistimewaan, hak kedaulatan dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua Agama Islam tidaklah tersentuh dan tercatat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara   yang   telah   dipersetujui   oleh  Majlis Raja-raja supaya meliputi seluruh Persekutuan, maka tiap-tiap orang Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua Agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.
  •    Perlembagaan –perlembagaan bagi Negeri negeri Melaka, Pulau Pinang , Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi kepda Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama islam dalam negeri itu.
  •    Tiada apa-apa dalam Perkara ini mengurangkan kuasa mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagan.
  •  Walau apa-apa jua dalam Perlembagan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi ketua Agama Islam dalam wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Ptrujaya ; dan bagi maksud ini Parlimen boleh dengan undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengadakan peraturan mengenai hal-ehwal  Agama  Islam  dan  bagi menubuhkan suatu Majlis   untuk   menasihati  Yang  di    Pertuan   Agong mengenai perkara-perkara berhubung dengan Agama Islam




Disediakan oleh,
Rafizi 

Sunday, 31 August 2014

Keprihatinan Malaysia terhadap pencemaran alam masa kini

Pencemaran Alam Sekitar


Pencemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang mengotorkan alam sehingga boleh menjejaskan ekosistem di muka bumi ini. Dewasa ini, era permodenan menderaskan lagi pembangunan negara. Pelbagai projek sosio ekonomi dijalankan begitu pesat untuk meningkatkan taraf pembangunan negara, namun kita alpa tentang kesan terhadap alam sekitar yang boleh membahayakan diri manusia.Pencemaran alam sekitar telah menjadi satu kemelut yang tidak dapat dielakkan oleh negara kita sehingga mencalarkan nama negara.Negara kita sebenarnya terhimpit telah terhimpit antara meningkatkan pembangunan negara setaraf negara maju dengan kebajikan terhadap alam sekitar yang perlu di pelihara untuk masyarakat.Bak kata pepatah, ”di telan mati emak di luah mati bapa”.


Antara punca-punca yang boleh kita huraikan sebagai penyebab berlakunya pencemaran alam sekitar :-

  •  Faktor semula jadi // Pencemaran ini terjadi tanpa diduga oleh masyarakat.Ini kerana pencemaran ini berpunca daripada kejadian seperti gunung berapi, ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya. Pencemaran ini boleh mendatangkan kesan yang negatif terhadap masyarakat setempat. Sebagai contah apabila berlakunya letusan gunung berapi,secara tidak sengaja iklim cuaca juga akan turut berubah menjadi jerebu seterusnya akan menyebabkan penduduk setempat mudah terkena penyakit seperti asma, batuk, paru-paru, penglihatan yang tidak jelas dan sebagainya. Oleh itu, semua pihak memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah ini. Mereka seharusnya tidak mengamalkan sikap “seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”.
  • Selain itu, punca utama yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar berada di tahap yang kritikal adalah disebabkan tangan manusia sendiri // Pada kebiasaannya manusia sering kali melakukan pencemaran alam sekitar dalam keadaan sedar ataupun tidak seperti udara, air, tanah, bunyi dan radiasi. Kesan terhadap pencemaran alam sekitar sudahpun disebarkan melalui media massa namun manusia”durjana”yang tidak mencintai alam memandang “enteng” terhadap permasalahan pencemaran alam sekitar. Sifat materialistik yang ada dalam masyarakat pada hari ini juga sukar untuk kita mengurangi masalah pencemaran di atas muka bumi ini. Oleh yang demikian, pihak yang berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar perlulah membuat pemantauan di sesuatu kawasan bagi menjaga alam sekitar ini bersama. Selain itu, semua golongan masyarakat perlulah sedar akan kepentingan alam sekitar terhadap mereka.  
  • Asap-asap kilang dan kenderaan (pencemaran udara) // Ini disebabkan oleh asap-asap hitam yang keluar dari kilang dan kenderaan boleh mengakibatkan asap-asap tersebut terperangkap di ruang udara. Selain itu, terdapat juga gas-gas yang beracun seperti gas monoksida yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan tertutup. Sejenis lagi bahan yang boleh dihasilkan oleh kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat berbahaya sehingga boleh menyebabkan kerosakan otak terutama kanak-kanak. Selain itu, manusia juga turut menerima udara yang tidak segar untuk menarik nafas. Ini menimbulkan ketidakselesaan oleh setiap masyarakat dalam kehidupan seharian.Dengan ini jelaslah bahawa pencemaran udara yang dilakukan oleh segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab amat memberi kesan terhadap seluruh masyarakat. Oleh itu, kerajaan perlulah melakukan kempen dan memantau industri perkilangan untuk mereka mendapat kefahaman yang hakiki tentang kepentingan udara kepada masyarakat.
  • Air merupakan komponen yang utama dalam kehidupan seharian namun masih ramai lagi yang ”buta” terhadap kepentingan air tersebut. Antara pencemaran yang dilakukan terhadap air ialah pembuangan sisa toksik, sampah sarap, barangan pepejal, dan sebagainya ke dalam sungai-sungai yang berdekatan // Apabila pencemaran ini dilakukan terhadap sungai tersebut, airnya akan bertukar warna menjadi warna cokelat ataupun merah hati. Selain itu, pencemaran air laut pula seperti tumpahan minyak oleh kapal-kapal dagang.Sebagai contoh di Selat Johor pelanggaran kapal di situ mengakibatkan minyak tertumpah. Kedua-dua punca di atas akan mengakibatkan organisma laut terhapus iaitu mengurangkan habitat laut. Hal ini kerana pencemaran ini menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton yang boleh mengurangkan pembiakan makanan laut. Selain itu, habitat burung juga akan terancam. Oleh itu, pihak kerajaan seperti penguatkasa undang-undang memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah ini. Sebagai contoh, laluan kapal di selat johor terdapatnya pelanggaran sehingga menyebabkan kapal tangki minyak tersebut bocor, laluan lain perlu disediakan bagi melicinkan pentadbiran maritim dan juga mengelakkan kejadian sedemikian berulang.


 Menurut peraturan pemerintah R1 NO150 tahun 2000 tentang pengendalian kerosakan tanah untuk produk bio massa, tanah merupakan satu komponen lapisan teratas kerak bumi yang terdiri daripada bahan mineral dan bahan organik serta mempunyai sifat fizik, kimia dan mempunyai kemampuan untuk memanjang kehidupan manusia dan makhluk hidup dan sebagainya. Pembuangan sampah dan sisa-sisa industri perkilangan menyebabkan bau busuk di sesuatu kawasan tertentu. Hal ini kerana terdapat reaksi kimia yang menghasilkan gas yang tertentu. Penggunaan pestisida juga mematikan tanaman dan juga mikrooroganisma yang berguna di dalam tanah,padahal kesuburan tanah bergantung kepada jumlah organisma di dalamnya. Oleh itu, langkah seperti mengurangkan pengguanaan bahan sintetik dan pelbagai bahan kimia perlulah dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Selain itu, kita seharusnya menanamkan sikap merasa jijik terhadap pencemaran yang boleh mengakibatkan rumah kita berbau busuk, kotor serta berasap. Hal ini, haruslah diterapkan dalam diri setiap individu bagi sama-sama membenteras pencemaran tanah yang semakin berleluasa ini.

Di samping itu, terdapat juga pencemaran lain seperti pencemaran bunyi. Pencemaran bunyi dapat diertikan sebagai bunyi bising yang keterlaluan dan boleh memekakkan telinga dan boleh menganggu ketenteraman awam. Hal ini berlaku apabila pengeluaran bunyi di tempat yang tidak sesuai. Sebagai contoh, industri perkilangan besi mengeluarkan bunyi bising di kawasan penempatan penduduk. Pencemaran bunyi bising kebiasaannya melebihi 80 desibel(db). Aktiviti seperti kawasan pembinaan rumah, bunyi akan dikeluarkan apabila cerucuk besi ditanam di dalam tanah akibat oleh pembinaan tanah yang tinggi. Pencemaran ini juga menyebabkan orang awam tidak dapat melakukan sesuatu dan berfikir dengan tenang. Kesannya, masyarakat setempat akan wujud pelbagai penyakit,gangguan psikologi, menjejaskan produktiviti, hilang imbangan diri, pekak dan kehamilan seseorang. Oleh itu, industri perkilangan haruslah ditempatkan pada jarak yang jauh dari kawasan penginapan masyarakat agar dapat mengelakkan gangguan yang tersebut.Selain itu, majikan industri perkilangan haruslah peka terhadap kebajikan masyarakat yang perlu diambil kira sebelum  beroperasi. Gangguan seperti ini akan menyebabkan masyarakat mengambil tindakan untuk mendapatkan hak mereka.

 Selain itu, pencemaran radiasi juga turut berlaku pada masa kini. Radiasi adalah salah satu sel-sel elektronik seperti bateri, computer, kalkulator, bahan-bahan kimia yang telah diolah dan sebagainya. Pencemaran radiasi adalah disebabkan oleh debu radioaktif akibat terjadinya ledakan reaktor-reaktor atom serta bom atom. Pencemaran radioaktif seperti nuklear adalah sangat merbahaya dalam kehidupan sekelilingnya seperti radiasi alpha, beta, dan gamma. Ini kerana pencemaran radiasi tersebut boleh menyebabkan sel-sel dalam badan rosak. Selain itu, apabila sesebuah kawasan terkena bom atom tanah tidak boleh dijadikan sebagai kawasan pertanian. Ini juga mengakibatkan satu sumber ekonomi dunia telah lenyap. Terdapat pelbagai kesan terhadap masyarakat iaitu masyarakat akan mengalami pening kepala, berat badan menurun, hilang selera makan, peningkatan denyutan nadi atau jantung dan sebagainya. Oleh itu, pihak yang tertentu memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Ini kerana pencemaran radiasi tersebut meninggalkan kesan jangka yang panjang terhadap masyarakat.

Kesimpulannya, bumi adalah satu-satunya yang boleh menghidupkan ekosistem dan organisma secara bebas. Kita seharusnya menjaga alam kurniaan tuhan ini dengan sebaik mungkin. Sepatutnya kita melahirkan sifat keprihatinan kita terhadap alam sekitar dengan mencintainya dan rasa hormat atas sumbangan yang diberikan. Menjaga alam sekitar supaya tidak tercemar, ini sudah cukup menandakan kita bersyukur dengan kurniaan yang diberikan kepada kita seterusnya membolehkan kita semua untuk menghirup udara dan bekalan air yang bersih. Penglibatan Jabatan Alam Sekitar dalam melaksanakan tanggungjawab hanya akan tercapai dengan kerjasama dan kefahaman masyarakat umum akan betapa pentingnya penjagaan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih dan menarik mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat  bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara.






Disediakan oleh,
Nicolette Arabella Jonathan






Sumber: http://pmspengajianmalaysia.blogspot.com