Thursday 25 September 2014

Sejarah Kemasukan Islam Di Borneo


SEJARAH KEMASUKAN ISLAM DI BORNEO


    Islam dipercayai menghampiri negeri Sabah pada abad ke-10 dan bertapak di Sabah selewat-lewatnya pada tahun-tahun akhir 1300 berdasarkan bukti bertulis jawi dalam bahasa Idahan di Kg Sapagaya, Lahad Datu.Sekitar abad ke-16, apabila negeri ini dibahagi kepada 3 zon, perkembangan Islam semakin meluas.
    Kawasan pantai di antara Pandasan hingga ke Kimanis di bawah kuasa de facto kesultanan Islam di Brunei; kawasan pantai dari Teluk Marudu hingga ke Sungai Sibuga di bawah kekuasaan Islam kesultanan Sulu; sementara bakinya sebagai kawasan bebas, iaitu kawasan pantai dari Pandasan ke Teluk Marudu di bawah kekuasaan pembesar-pembesar Islam yang bergelar Syerif.Hanya kawasan pedalaman dikuasai sendiri oleh beberapa suku kaum pribumi yang bukan Islam.
    Sepanjang persisiran Pantai Barat didiami oleh suku kaum yang beragama Islam. Suku kaum Brunei dan Kadayan di Labuan, Sipitang, Weston, Beaufort, Kuala Penyu, Menumbuk, Membakut, Bongawan, Kimanis hingga ke Papar,Sementara suku kaum Bajau menetap di Papar, kawang, Kinarut, Putatan, Tanjung Aru, Inanam, Menggatal, Mengkabong, Tuaran hingga ke Kota Belud dan kawasan utara Kudat dan Pulau Banggi.
     Pada masa awal perkembangannya, agama Islam sukar mempengaruhi suku kaum lain di Sabah seperti Kadazan, Dusun, Murut, Rungus dan lain-lain yang tidak suka hidup dengan pergantungan kepada pencarian hasil laut.Mereka banyak berada di kawasan daratan untuk mudah bercucuk tanam dan mengamalkan hidup sebagai pagan atau animisme. Kehidupan mereka yang berpindah randah di kawasan bukit bukau dan gunung ganang, terpisah dari kawasan yang sering dikunjungi oleh para muballigh Islam.
   Di antara pejuang-pejuang dan pahlawan Islam yang menentang Inggeris ialah Pengiran Usop yang dibunuh di Sungai Kimanis; Syerif Usman di Teluk Marudu, Haji Saman (1846) di Sungai Membakut, Datu Baginda Puteh (1879) di Sandakan, Paduka Mat Salleh yang gugur dalam pertempuran di Tambunan pada 31 Januari 1900. Sebelum perang dunia kedua, Putatan menjadi tempat penghijrahan ulama dari Kelantan pada tahun 1910an iaitu Haji Yaakub bin Haji Ali bin Abdullah. Sebelum ke Sabah, beliau mengembara dan berdakwah di Melaka, Selangor, Kedah dan Brunei.
   Haji Yaakub menetap berhampiran dengan Masjid Putatan dan beliau diangkat sebagai guru agama dan imam Putatan. Selepas berkhidmat sebagai 5 tahun sebagai imam Putatan, beliau dilantik sebagai Imam Jesselton pada 1920 dan dalam masa yang sama terus berkhidmat sebagai imam di Putatan buat beberapa tahun.Pada 12 Oktober 1934, Haji Yaakub mengangkat anaknya Haji Mohd Suhaili sebagai imam Putatan ketika Haji Suhaili baru berumur 16 tahun sehingga 11 Februari 1940 dan berhijrah ke Jesselton menjadi imam di sana menggantikan bapanya yang menghidap penyakit lumpuh.Haji Yaakub meninggal dunia semasa berumur 100 tahun pada tahun 1941 dan dikebumikan di tanah perkuburan batu 2 1/2 jalan Tuaran.

   Haji Suhaili mengasaskan penubuhan Khairat Jumaat Muslimin pada tahun 1947 bagi membangkitkan kesedaran berpersatuan setelah berkuburnya Parti Kebangsaan Melayu dan Barisan Pemuda di Sabah.
Walaupun khidmat dakwahnya semakin meluas di Pantai Barat, penduduk Putatan terus mendapat khidmat bimbingan beliau. Haji Suhaili meletak jawatan sebagai imam Jesselton pada 21 Januari 1951 dan berhijrah ke Kuala Belait Brunei serta bertugas sebagai Naib Kadhi.Haji Suhaili kembali ke Putatan setelah meletak jawatan pada 30 November 1951. Beliau bergerak dari daerah ke daerah untuk berdakwah sehingga beliau berhijrah pada 28 Februari 1954 ke Labuan. Bimbang dakwah Haji Suhaili semakin meluas, kerajaan Inggeris menghalau beliau keluar dari Sabah dengan notis 24 jam.Haji Suhaili kembali ke Brunei sehingga kembali ke Rahmatullah pada 4 Februari 1985.
    Kerja dakwah diteruskan oleh Awang Abd Latif bin Awang Mohd Taha yang merupakan menantu kepada Haji Yaakub. Beliau menjadi imam di Putatan pada 1 April 1934 selama 6 1/2 bulan sebelum berhijrah ke Tuaran dan menjadi imam daerah di sana.Nama-nama lain yang tercatat sebagai pendakwah di Putatan ialah Haji Ahmad Mus bin Hj Ismail (imam Putatan pada 40an-50an), Haji Milin Jeratil (imam pada tahun 50an), Haji Jilun, Haji Said Hj Ismail, Haji Satur, Haji Muhammad Said Hashim, haji Abd Sani Basi, Haji Mahali Abu Bakar, Haji Suin Abdul dan lain-lain.
   Perjuangan Imam Yaakub dan Imam Suhaili diteruskan lagi oleh Hj Awang Sahari Abd Latif, cucu kepada Haji Yaakub dan anak saudara kepada Haji Suhaili. Hubungan yang rapat dengan Haji Suhaili menyebabkan semangat perjuangan Islam terus membara dalam diri Haji Awang Sahari khususnya bagi menubuhkan persatuan Islam. Haji Awang Sahari bersama beberapa tokoh masyarakat menubuhkan Persatuan Islam Putatan (PIP) pada 1959, di samping kewujudan Persatuan Islam Sabah (PIS) dan Persatuan Islam Tawau (PIT). Antara kejayaan PIP ialah meubuhkan sebuah sekolah agama iaitu Madrasah Tahzibiah yang dirasmikan oleh Tun Datu Mustapha pada 1965.
   Bermula 1961, usaha-usaha menggabungkan ketiga-tiga persatuan ini dilakukan. Akhirnya setelah wakil-wakil PIS, PIP dan PIT diundang ke rumah Tun Datu Mustapha di Tanjung Aru pada awal 1969, mereka bersepakat untuk membubarkan persatuan mereka bagi membentuk persatuan Islam yang baru. Jawatankuasa penaja dibentuk, kongres diadakan dan berjaya menubuhkan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) pada ogos 1969. Tun Datu Mustapha sebagai Yang Dipertua dan terdapat wakil-wakil PIP, PIS dan PIT di dalamnya. Era perjuangan Islam lebih tegas dan meluas sehingga terisytihar Islam sebagai agama rasmi negeri Sabah.





                                 Permulaan Dakwah Islam di Sabah.


  
Bermula pada era penjajahan British iaitu kira-kira abad ke-14 yang lalu.
Pendakwah Islam yang pertama datang ke Sabah berasal dari Sulawesi dan menyebarkan Islam di Lahad Datu. Buktinya terdapat manuskrip dalam bahasa Ida’an yang mengesahkan kedatangan Islam yang awal berlaku di Lahad Datu.

Antara nama-nama Pendakwah : a) Mandur Syarif
-Menyebar Islam di Daerah Ranau ,b) Ustaz Zaini Al-Palembangi
-Daerah Lahad Datu

                        Sebab kewujudan gerakan Islam di Sabah.

• Tuntutan agama Islam sendiri, iaitu Islam wajib disebarkan kepada orang lain, Islam dan bukan Islam.
• Bersaing dengan mubaligh-mubaligh Kristian yang datang untuk menyebarluaskan ajaran Kristian.
• Pedagang-pedagang yang datang dari Indonesia, Filipina dan Brunei berdagang ke Sabah, seperti ke Sandakan, Tawau dan Lahad Datu. Mereka pada mulanya berhubungan dengan penduduk setempat untuk berurus niaga, akan tetapi dengan keramahan dan kemuliaan hati budi yang ditunjukkan oleh para pedagang, akhirnya menambat hati penduduk kampung di daerah-daerah tersebut.

 Kesan-kesan adanya aktiviti Dakwah di Sabah:

• Persatuan Islam Tawau (tahun 1950-1960-an)
• Persatuan Islam Putatan (tahun 1950-1960-an)
• Sekolah Agama At-Thudiniyyah, Kg. Buang Sayang, Papar (tahun 1956)
(Diasaskan oleh Allahyarham Datuk Salleh Ibrahim)
• Selepas Merdeka - Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (U.S.I.A)1959
Tujuan penubuhan U.S.I.A : Menyatukan semua pertubuhan-pertubuhan Islam.
• Political Strategy(Pemerintah ketika itu Parti USNO)Menyebarkan Islam kerana Pemerintah adalah beragama Islam.
• Untuk capai status Negeri Islam, mesti penduduknya seramai 60% beragama Islam.
• Agama Islam sebagai agama rasmi di Negeri Sabah telah mendapat kelulusan daripada Dewan Undangan Negeri pada tahun 1971.
• Rentetan daripada itu, Majlis Ugama Islam Sabah telah ditubuhkan pada 1791 bagi mengurus tadbir hal ehwal Islam.

Agama-agama lain di Sabah

• Kristian,• Buddha,• Hindu,• Sikh,• Pagan

Purata penduduk bukan Islam di Sabah Kira-kira seramai 40% daripada penduduk keseluruhan di Sabah. Purata penduduk bukan Islam yang memeluk Islam setiap tahun mulai tahun 2000 ialah kira-kira 1,300 orang – 2,000 orang.
 




disediakan oleh = Siti Nor Faziah Binti Md.Judin
sumber= https//abunuha.wordpress.com,
              mumtazhumaira.blogspot.com

1 comment:

  1. Merkur 37C Safety Razor Review – Merkur 37C
    The Merkur 37c is an excellent wooricasinos.info short handled DE https://deccasino.com/review/merit-casino/ safety razor. 1xbet 먹튀 It is more suitable for herzamanindir.com/ both heavy and https://deccasino.com/review/merit-casino/ non-slip hands and is therefore a great option for experienced

    ReplyDelete