Friday 26 September 2014

Sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan & konsep kebebasan beragama di Malaysia

Kuasa yang di-Pertuan Agong (YDPA)

1.      Raja berperlembagaan membawa maksud pemerintahan raja yg tidak mempunyai kuasa mutlak, tetapi hanya boleh bertindak berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
2.      Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kedudukan Yang di-Pertuan Agong & Raja Permaisuri Agong seperti artikel dibawah.

“32. Kepala Utama Negara bagi Persekutuan & Permaisurinya,
a.       Maka hendaklah ada seorang kepala utama bagi Persekutuan digelar Yang di-Pertuan Agong, yg mengambil keutamaan mengatasi segala orang dlm Persekutuan & yg tidak boleh dikena dakwa dlm apa-apa jua pembicaraan dlm mana-mana mahkamah.
b.      Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-raja selama jawatan 5 tahun, tetapi boleh pada bila-bila masa meletaakan jawatannya dgn mengutus surat yg ditandatangani olehnya kpd Majlis Raja-raja, atau dipecat dari jawatannya oleh Majlis Raja-raja & hendaklah terhenti drpd memegang jawatan apabila terhanti drpd menjadi seorang raja.
c.       Peruntukan-peruntukan bahagian 2 dlm jadual ketiga hendaklah dipakai bagi memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan.
“33. Timbalan Kepala Utama Negara bagi Persekutuan
a.       Maka hendaklah ada seorang Timbalan Kepala Utama Neara bagi Persekutuan (digelar Timabalan Yang di-Pertuan Agong)  & ia hendaklah menjalankan tugas-tugas serta mempunyai keistimewaan-keistimewaan Yang di-Pertuan Agong dlm masa berlaku kekosongan dlm jawatan Yang di-Pertuan Agong & dlm masa Yang di-Pertuan Agong tidak berupaya menjalankan tugas-tugas jawatannya kerana sakit, tidak ada dlm  Persekutuan ataupun oleh kerana apa-apa sebab lain, tetapi Timbalan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan tuga-tugas itu dlm masa Yang di-Pertuan Agong tidak berupaya atau tidak ada dlm Persekutuan selama yg dijangka kurang drpd 15hari, melainkan jika Timbalan Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa adalah perlu & mustahak tugas-tugas itu dijalankan.
b.      Timbalan Yang di-Pertuan  hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-raja selama tempoh 5tahun  atau jika dipilih dlm tempoh jawatannya itu, tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dgn meingutus surat yg ditandatangani oleh Majlis Raja-raja & hendaklah terhenti drpd memegang jawatan apabila terhenti drpd menjadi seorang raja.
c.       Jika dlm tempoh jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, kekosongan berlaku dlm jawatan Yang di-Pertuan Agong, maka tamatlah temph jawatannya, apabila kekosongan itu dipenuhi.
d.      Peruntukan-peruntukan bahagian 2 dlm jadual ke-3 hendaklah bagi memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan.
e.       Parlimen boleh dgn undang-undang membuat peruntukan supaya tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong dijalankan oleh seoran raja jika tugas-tugas itu terpaksa menurut fasal (1) dijalankan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong, tetapi tidak dapat dijalankan demikian itu oleh sebab jawatan Timabalan Yang di-Pertuan Agong kosong atau tidak ada dlm Persekutuan ataupun oleh sebab apa-apa sebab lain; akan tetapi undan-undang itu tidak boleh diluluskan dgn tiada persetujuan Majlis Raja-raja.
3.      Sebagai ketua Negara, YDPA memegang kuasa tertinggi dlm pentadbiran Negara seperti perundangan, pentadbiran, kehakiman, kententeraan & sebagainya menurut perkara 39 Perlembagaan Persekutuan.
4.      Perlembagaan Persekutuan memperuntukan kuasa kpd YDPA dlm perundangan, iaitu beginda berkuasa memanggil, menangguhkan atau membubarkan Parlimen.
5.      Baginda juga berkuasa memperkenalkan rang undang-undang yg dibuat oleh MajlisParlimen. YDPA juga bertidak mengikut budi bicaranya dlm hal pelantikan Perdana Menteri, membubarkan Parlimen & memanggil agar mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu diadakan utk membincangkan hak & kedudukan keistimewaan Raja-raja Melayu.
6.      Dlm bidang kehakiman, YDPA mempunyai kuasa utk melantik hakim, ,menangguh, member keampunan & meringakan hukuman kpd pesalah. YDPA juga merupakan pemerintah tertinggi tentera.
7.      Perkara lain yg diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan terhadap peranan YDPA sbg ketua Negara ialah baginda boleh mengisytiharkan darurat & kuasa utk memelihara hak keistimewaan kaum bumiputera sama ada di Malaysia atau di Sabah & Sarawak.
8.      Walaupun YDPA mempunyai kuasa yg luas, tetapi baginda tidak boleh bertindak sesuka hati. Tindak-tanduk YDPA dikawal oleh Perlembagaan. Dlm melaksanakan pentadbiran negara YDPA harus bertindak atas nasihat Perdana Menteri, YDPA merupakan symbol raja berperlembagaan di mana baginda tidak memerintah secara mutlak yg berbeza dgn pemerintahan bercorak autoraksi di mana pemerintahnya mempunyai kuasa mutlak sepenuhnya.
9.      Selaku Ketua Negara, YDPA juga berperanan penting sbg Ketua Agama Islam, sbg lambing negara, tumpuan kesetiaan & perpaduan rakyat yg berbilang kaum di Malaysia. Perlembagaan Malaysia juga memperuntukkan seorang Timabalan YDPA utk menjalankan tugas-tugas pentadbiran atas sebab kesihatan atau ketika YDPA tidak ada dlm Persekutuan. kuasa & keistimewaan Timbalan YDPA sama dgn kuasa & keistimewaan YDPA. Perkara ini dirujuk dlm perkara 33 Perlembagaan Persekutuan.



Tugas Yang di-Pertuan Agong

TUGAS
HURAIAN
Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata
YDPA merupakan Pemerintah Tertinggi bagi Angkatan Bersenjata Persekutuan spt yg diperuntukkan dlm Perkara 41.
Kuasa Pengampunan Yang di-Pertuan Agong
YDPA mempunyai kuasa utk mengurniakan pengampunan & menangguhkan hukuman bagi kesalahan-kesalahan yg dibicarakan oleh mahkamah tentera & juga bagi semua kesalahan yg dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Labuan spt yg diperuntukkan dlm Perkara 42 Perlambagaan Persekutuan.
Hak keistimewaan Org Melayu & Bumiputera Sabah & Sarawak
YDPA bertanggungjawab menjaga hak keistimewaan org-org Melayu & Bumiputera. Hal ini dijelaskan dlm Fasal 153(1) Perlembagaan Persekutuan.
Sumber penghormatan & kebesaran
Baginda mengurniakan anugerah & penghormatan kpd warganegara & bukan warganegara serta mengurniakan darjah kebesaran kpd ketua-ketua negara asing dlm istiadat pengurniaan bintang-bintang bersempena dgn Hari Keputeraan Baginda.
Fungsi diplomatik
YDPA melantik dipolamat-diplomat Malaysia di luar negara & juga menerima menghadap diplomat-diplomat asing yg ditugaskan di Malaysia sebelum diplomat-diplomat asing itu mula menjalankan tugas mereka.
1
0.  Kandungan dlm Perlembagaan Persekutuan berkenaan tugas-tugas YDPA ditunjukkan dlm keratan akhbar di bawah
Pemerintah tertinggi angkatan bersenjata
Seri Paduka Baginda YDPA merupakan Pemerintah Tertinggi Bersenjata Persekutuan spt yg diperuntukkan dlm perkara 41 yg berikut:
“41. Pemerintah Tertinggi angkatan tentera. YDPA ialah Pemerintah Tertinggi angkatan tentera Persekutuan.
Kuasa pengampunan YDPA
YDPA juga merupakan sumber pengampunan & mempunyai kuasa utk mengurniakan pengampunan & mengguhkan hukuman bagi kesalahan-kesalahan yg dibicarakan oleh mahkamah tentera & juga bagi semua kesalahan yg dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Labuan. Hal ini diperuntukan dlm perkara 42 Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:


“42. Kuasa bagi mengampun, dsb.
1.      YDPA berkuasa mengampun & menangguhkan hukuman-hukuman mengenai segala kesalahan yg telah dibicarakan oleh mahkamah tentera & segala kesalahan yg dilakukan dlm Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya; Raja atau Gabenor sesuatu negeri adalah berkuasa mengampun & menangguhkan hukuman-hukuman mengenai segala kesalahan lain yg dilakukan di negerinya.”
2.      Tertakluk kpd Fasal(10) & tanpa menyentuh mana-mana peruntukan undang-undang Persekutuan berhubung dgn remitan hukuman dgn berkelakuan baik atau khidmat khas, apa-apa kuasa yg diberi oleh undang-undang Persekutuan atau undang-undang negeri bagi meremit, menggantung atau mengurangkan hukuman bagi sesuatu kesalahan boleh dijalankan oleh YDPA jika hukuman itu telah dijatuhkan oleh mahkamah tentera atau oleh sesuatu mahkamah sivil yg menjalankan bidang kuasa dlm  Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya & dlm hal-hal lain, kuasa itu boleh dijadikan oleh Raja atau Gabenor bagi negeri dimana kesalahan itu telah dilakukan.
3.      Jika sesuatu kesalahan telah dilakukan kesemuanya atau sebahagiannya di luar Persekutuan atau di beberapa buah negeri atau dlm hal keadaan yg yelah menimbulkan waham dimana kesalahan itu teah dilakukan, maka bagi maksud-maksud Perkara ini kesalahan itu hendaklah disifatkan sebagai telah dilakukan di  negeri dimana kesalahan itu telah dibicarakan. Bagi maksud Fasal ini, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya, hendaklah masing-masing dianggap sebagai suatu negeri.
4.      Kuasa-kuasa yg tersebut dlm perkara ini;
a.       Iaitu, setakat mana kuasa-kuasa itu boleh dijalankan oleh YDPA, ialah antara tugas-tugas yg peruntukan mengenainya boleh dibuat oleh undang-undang Persekutuan dibawah Perkara 40(3).
b.      Iaitu, setakat mana kuasa-kuasa itu boleh dijalankan oleh Raja atau Gabenor sesuatu negeri, hendaklah dijalankan mengikut nasihat Jemaah Pengampunan yg ditubuhkan bagi negeri itu mengikut Fasal(5).
5.      Jemaah Pengampunan yg ditubuhkan bagi setiap negeri hendaklah mengandungi Peguam Negara Persekutuan, Ketua Menteri negeri itu & tidak lebih daripada 3 org ahli lain yg dilantik oleh Raja atau Gabenor boleh melantik seseorang utk menjalankan bagi sementara tugas-tugas seseorang ahli jemaah yg dilantik olehnya yg tidak hadir atau tidak berupaya menjalankan tugasnya.
6.      Ahli-ahli Jemaah Pengampunan yg dilantik oleh Raja atau Gabenor hendaklah dilantik bagi tempoh selama 3tahun & boleh dilantik semula, tetapi pada bila-bila masa bolah meletakkan jawatan sebagai ahli jemaah.
7.      Seseorang ahli Dewan Negeri iaitu ahli Dewan Rakyat tidka boleh dilantik oleh Raja atau Gabenor utk menjadi ahli Jemaah Pengampunan atau utk menjalankan bagi tugas-tugas seseorang ahli jemaah.
8.      Jemaah Pengampunan hendaklah bermesyuarat dihadapan Raja atau Gabenor dan Raja  atau Gabenor hendaklah mengetuai mesyuarat itu.
9.      Sebelum Jemaah Pengampunan member nasihatnya mengenai apa-apa perkara, ia hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yg mungkin telah dikemukan oleh Peguam Negara mengenai perkara itu.
10.  Walau apa pun yg tersebut dlm perkara ini, kuasa bagi mengampun & menangguhkan  hukuman-hukuman atau meremit, menggantung atau mengurangkan hukuman-hukuman yg dijatuhkan oleh mana-mana mahkamah yg ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang yg mengawal hal ehwal agama Islam di negeri atau Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya hendaklah dijalankan oleh YDPA sebagai ketua agama Islam dlm negeri itu.
11.   Bagi maksud perkara ini, maka hendaklah ditubuhkan hanya 1 Jemaah Pengampunan bagi Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya & peruntukan-perutukan Fasal (5,6,7,8 & 9) hendaklah dipakai mutates mutandis bagi Jemaah Pengampunan dibawah Fasal ini kecuali bahawa sebutan mengenai “Raja atau Yang di-Pertua Negeri” hendaklah ditafsir sebagai sebutan mengenai YDPA & sebutan mengenai “Ketua Menteri negeri itu” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai menteri yg bertanggungjawab bagi Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.
12.  Walau apa-apa jua yg terkandung dlm Perlembagaan ini, jika kuasa-kuasa yg tersebut dlm perkara ini:
a.       Kena dijalankan oleh YDPNegeri sesuatu negeri & dikehendaki dijalankan berkenaan dgn dirinya atau isterinya, anak lelakinya atau anak perempuannya, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh YDPA yg bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan yg ditubuhkan bagi negeri itu di bawah perkara ini & yg hendaklah dipengerusikan olehnya.
b.      Dikehendaki dijalankan berkenaan dgn YDPA, raja sesuatu negeri, atau konsortnya, mengikut mana-mana yg berkenaan, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Majlis Raja-raja & peruntukan-peruntukan berikut hendaklah terpakai:
i.                    Apabila menghadiri mana-mana prosiding di bawah Fasal in, YDPA tidak boleh disertai oleh Perdana Menteri & raja-raja lain tidak boleh disertai oleh Menteri-menteri Besar mereka;
ii.                  Sebelum membuat keputusannya tentang apa-apa perkara dibawah Fasal ini,Majlis Raja-raja hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yg mungkin telah diberian oleh Peguam Negara tentang perkara itu;
c.       Dikehendaki dijalankan oleh YDPA atau raja sesuatu negeri berkenaan dgn anak lelakinya atau anak perempuannya mengikut mana-mana yg berkenaan, kuasa-kuasa itu hendaklah bertindak mengikut nasihat Lembaga Pengampunan yg relevan y ditubuhkan dibawah perkara ini.
13.  Bagi maksud penerangan (b) & (c) Fasal (12), YDPA atau Raja Negeri yg berkenaan, mengikut mana-mana yg berkenaan & YDPNegeri tidak boleh menjadi anggota Majlis Raja-raja.
Hak keistimewaan org Melayu & Bumiputera di Sabah & Sarawak.
Salah 1 tanggungjawab yg penting oleh YDPA ialah menjaga hak istimewa org Melayu & Bumiputera di Sabah & Sarawak. Hal ini dijelaskan dlm Fasal 153 (1) dlm Perlembagaan Persekutuan seperti yg berikut:
“153. Perbezaan quota mengenai perkhidmatan, permit dsb., utk org Melayu.
1.      Adalah menjadi tanggungjawabYDPA memelihara kedudukan istimewa org Melayu & Bumiputera mana-mana negeri Sabah & Sarawak & kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan ini.”
Sumber penghormatan & kebesaran
Seri Paduka Baginda YDPA merupakan sumber penghormatan & kebesaran. Baginda mengurniakan anugerh penghormatan kpd warganegara & bukan warganegara serta mengurniakan darjah kebesaran kpd ketua-ketua negara asing dlm istiadat pengurniaan bintang-bintang bersempena dgn Hari Keputeraan Baginda.

Fungsi diplomatik
Sebagai ketua negara, YDPA melantik diplomat-diplomat Malaysia diluar negera & juga menerima menghadap diplomat-diplomat asing yg ditugaskan di Malaysia sebelum diplomat-diplomat asing itu mula menjalankan tugas mereka.

Lain-lain
Selain tugas-tugas & tanggungjawab yg dilaksanakan oleh YDPA, baginda juga bercemar dulli  menghadiri pelbagai majlis & acara.

Fungsi ketua negeri
1.      Sebagai sebuah negara yg mengamalkan demokrasi berparlimen, Malaysia mengamalkan corak pemerintahan pembahagian kuasa antara kerajaan Persekutuan dgn kerajaan negeri.
2.      Sbg sebuah negara  Persekutuan yg mengamalkan pengagihan kuasa kpd negeri,kuasa pentadbiran pd peringkat negeri dipegang oleh raja/sultan sbg ketua negeri. Manakala di Sabah, Sarawak, Pulau Pinang & Melaka, kuasa pentadbiran dipegang oleh YDPNegeri. Sebagaimana YDPA, sultan/raja juga memerintah kuasa yg diperuntukkan oleh perlembagaan.
3.      Baginda menjalankan pemenritahan dgn mendapat nasihat Ketua Menteri atau Menteri Besar serta Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) di Semenanjung, manakala di Sabah ia dikenali sebagai Kabinet Menteri & Sarawak ia dikenali sebagai Majlis Tertinggi. Fungsi majlis-majlis ini adalah sama dgn cabinet/jemaah menteri pada peringkat Persekutuan.
4.      Tugas sultan/raja sebagai Ketua Negeri menurut Perlembagaan Persekutuan ialah memanggil, menangguhkan & membubarkan Dewan Undangan Negeri(DUN), tetapi tiada kuasa utk mengisytiharkan darurat. Ketua Negeri juga berkuasa utk menangguhkan, meringankan & member kemampuan kpd pesalah di negerinya setelah mendapat nasihat daripada Jemaah Pengampunan. Selain itu, seorang ketua negeri dilantik menjadi Ketua Agama Islam & Adat Istiadat Melayu di negerinya.

Sistem demokrasi berparlimen

Demokrasi berparlimen
1.      Sebelum mencapai kemerdekaan, Tanah Melayu diperintah secara berasingan oleh British, iaitu Negeri-negeri Melayu Bersekutu ( NNMB), Negeri-negeri Melayu Tudak Bersekutu (NNMTB) & Negeri-negeri Selat (NNS).
2.       Ketiga-tiga bentuk pentadbiran ini diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Tinggi British. Seterusnya timbul desakan daripada penduduk tempatan agar British member peluang kepada orang tempatan menyertai Majlis Perundangan Persekutuan (MPP). Oleh itu, Sistem Ahli diperkenalkan & diikuti dgn pengenalan Pilihan raya Bandaran Pulau Pinang  pada tahun 1951 & Kuala Lumpur pada tahun 1952.
3.      Pada ketika itu, parti yg menang akan meletakkan wakil utk menyertai Majlis Perundangan Persekutuan yg menyerupai kabinet. Ini menandakan permulaan sistem pemerintahan demokrasi berbentuk Barat dlm pentadbiran Tanah Melayu sehingga negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
4.      Demokrasi berparlimen membawa maksud pemerintahan yg dijalankan secara perwakilan. Demokrasi berparlimen dibentuk hasil daripada proses pilihan raya. Dlm proses pilihan raya, rakyat diberi mandat utk memilih pemimpin yg akan memwakili mereka & pemimpin inilah yg akan mnejdai wakil rakyat di parlimen.

Konsep demokrasi
1.      Istilah demokrasi berasal daripada perkataan Greek, iaitu demos & kratos. Demos bermaksud ‘rakyat’ & kratos bermaksud ‘pemerintahan’. Konsep demokrasi dikatakan telah diasaskan oleh kerajaan Greek Purba (abad ke-4M). Konsep demokrasi ini dikembangkan pula oleh beberapa orang cendikiawan Greek seperti Socrates, Plato, Aristotle & Pericles.
2.      Pada hakikatnya, sebelum wujudnya konsep pemerintahan demokrasi, beberapa buah negara telah mengamalkan sistem pemerintahan monarki/beraja. Walau bagaimanapun, pada zaman Renaissance (1400-1600 T.M.), konsep semokrasi telah diamalkan semula memandangkan sistem monarki/beraja adalah bersifat menindas.
3.      Pada abad ke-19 & 20, terbentuk pula demokrasi corak moden. Keadaan ini disebabkan berlakunya perkembangan teknologi yg akhirnya telah mengubah corak ekonomi, politik & sosial. Apa yg lebih penting ialah masalah penyalahgunaan kuasa oleh golongan pemerintah tradisional. Justeru, terbentuk pula demokrasi bercorak moden dimana Robert A. Dahl mendefinisikan demokrasi corak moden yg terbentuk pada hari ini sebagai suatu sistem politik yg memberikan ruang & hak kpd rakyat utk membuat keputusan.

Amalan demokrasi berparlimen di Malaysia
1.      Malaysia telah mengamalkan pemerintahan bercorak demorasi sejak kemerdekaan sehingga hari ini. Konsep ini diamalkan di Malaysia adalah sama dgn apa yg diamalkan oleh negara lain yg mengamalkan pemerintahan bercorak demokrasi, iaitu suatu pemerintahan yg menggunakan suara rakyat dlm menentukan pemimpin negara atau tampuk pemerintahan.
2.      Pemilihan pemimpin dibuat melalui sistem pilihan raya yg dijalankan 5 tahun sekali. Pilihan raya ini pula dijalankan oleh sebuah suruhanjaya bebas yg dikenali sbg Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yg ahli-ahlinya dilantik oleh YDPA. Demokrasi yg diamalkan di Malaysia bercorak demokrasi berparlimen di mana wakil-wakil yg dipilih oleh rakyat akan menduduki Parlimen yg menjalankan pemerintahan melalui peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kerajaan yg dipilih oleh rakyat perlu menjaga & menghargai mandate yg diberikan oleh rakyat dgn baik.
3.      Prinsip utama yg terkandung dlm sistem demokrasi berparlimen di Malaysia ialah sistem parlimen, pemerintahan secara perwakilan, pengiktirafan kebebasan minoriti, persamaan, corak pemerintahan, kebebasan asasi & pilihan raya.

Latar belakang pembentukan parlimen
1.      Parlimen yg wujud pada hari ini ialah kesinambungan daripada MajlisPersekutuan yg ditubuhkan pada tahun 1909 bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB).
2.      Ahli-ahli majlis ini terdiri drpd 2 kumpulan iaitu ahli-ahli yg dilantik dari kalangan penduduka tempatan & pegawai-pegawai British. Manakala bagi Negeri-negeri Selat pula,ia berbentuk demokrasi Barat, iaitu sebuah kerajaan yg berbentuk Crown Colony yg diketuai oleh seorang Gabenor, Majlis Perundangan & Majlis Eksekutif yg kesemuanya adalah dilantik.
3.      Selepas Perang Dunia ke-2, kedua-dua majlis tersebut telah dibubarkan & digantikan dgn Malayan Union pada tahun1946.
4.      Pada tahun 1948, diwujudkan pula Majlis Perundangan Persekutuan & Majlis Raja-raja Melayu. Seterusnya pada 1 Februari 1951, Sistem Ahli (Member System) pula telah diperkenalkan.
5.      Sistem Ahli merupakan sebauh kabinet kecil yg terletak dibawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British memandangkan pada waktu itu Tanah Melayu belum lagi merdeka. Pada tahun 1955, berlaku beberapa pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
6.      Keadaan ini berlaku utk membolehkan pilihan raya umum dijalankan utk memilih & mengambil alih kuasa Dewan Undangan Persekutuan. Akhirnya pada bulan Julia 1955, pilihan raya pertama telah diadakan di Tanah Melayu. Ekora hal ini, ahli-ahli yg menang majority akan menduduki kerusi Parlimen.

Struktur & keanggotaan Parlimen
1.      Parlimen melambangkan kewujudan demokrasi berparlimen di mana ahli-ahlinya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya yg diadakan 5 tahun sekali.
2.      Parlimen merupakan pemegang kuasa perundangan Persekutuan Malaysia yg mengandungi YDPA, Dewan Negara & Dewan Rakyat. Dewan Rakyat merupakan dewan yg penting dlm menggubal undang-undang, manakala Dewan Negara pula bertindak membahaskan & meluluskan rang undang-undang tersebut.

Dewan Negara
1.      Keanggotaan Dewan Negara dalam bahagian 4, bab 4, perkara 45 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yg  memperuntukkan 2 anggota dari setiap negeri di Tanah Melayu, 2 anggota dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seorang Wilayah Persekutuan Labuan & 40 anggota yg terdiri daripada individu yg mempunyai rekod cemerlang dlm bidang-bidang seperti perkhidmatan awam, golongan professional, ahli perniagaan, perindustrian, kebudayaan, perkhidmatan sosial, org yg mewakili golongan minority & org asli.
2.      Kesemua anggota tersebut dilantik oleh YDPA, kecuali anggota yg dilantik mewakili negeri masing-masing yg dipilih oleh Dewan Undangan Negeri. Dewan Negara mempunyai 69 org ahli/senator. Tempoh perkhidmatan seorang senator adalh selama 3 tahun & tidak boleh memegang jawatan tersebut lebih daripada 2 penggal. Kelayakan umur bagi seorang senator ialah 30 tahun ke atas.

Dewan rakyat
1.      Keanggotaan Dewan Rakyat ditentukan oleh Bahagian 4, Bab 4, Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Pada masa ini (1999), keahlian Dewan Rakyat ialah seramai 222 org, iaitu 209 dari negeri-negeri dlm Malaysia, 11 dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & 1 org dari Wilayah Persekutuan Labuan & 1 org dari Wilayah Persekutuan Putrajaya.
2.      Dewan rakyat bertindak sebagai penggubal undang-undang, manakala Dewan Negara pula bertindak sebagai tempat utk membahaskan & meluluskan rang undang-undang. YDPA pula berperanan memperkenalkan rang Undang-undang Persekutuan seperti dasar luar negara, pertahanan, imigresen, kewangan, pendidikan & sebagainya.

Pilihan raya
1.      Sistem demokrasi juga menekankan pentingnya sistem pilihan raya yg telus & adil. Pilihan raya merupakan 1 cara memilih wakil ke Dewan Undangan Negeri melalui undi. Di negara kita, pilihan raya adalah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan seperti yg dimaktubkan dlm Perkara 113 hingga perkara 120 berserta dgn jadual ke-13.
2.      Pilihan raya bukan sahaja penting dari segi amalan demokrasi, tetapi penglibatan rakyat sebagai pengundi amat penting dlm menntukan kerajaan yg memerintah serta corak sitem & proses keadilan sosial negara kita. Rakyat menyuarakan kehendak mereka melalui wakil yg dipilh mereka dlm pilihan raya.
3.      Undang-undang pilihan raya sgt ketat & hanya org tertentu sahaja boleh mengundi & bertanding dlm pilihan raya. Pilihan raya dibuat oleh rakyat bagi memilih siapa yg akan menjadi pemimpin mereka, pengurusan belanjawan negara, pengurusan udang-undang negara & sebagainya. Dlm hal ini, mana-mana individu atau parti yg menang akan dilantik menjadi pemerintah.

Parti politik
1.      Parti politik bileh didefinisikan sebagai kumpulan dlm negeri yg ahli-ahlinya bergabung untuk menerajui pemerintahan negara. Parti politik mempunyai sifat kepartian. Antaranya adalah asas organisasi yg membentangkan pertalian yg mengikat ahli-ahli dlm sesebuah parti.
2.      Dlm sebuah negara demokrasi, parti politik merupakan satu elemen yg penting dimana kepelbagaian parti politik boleh memberi masyarakat peluang utk memilih yg terbaik bagi mereka.
3.      Dlm sebuah negara demokrasi seperti Malaysia, terdapat pelbagai jenis parti yg terdiri dlm pemerintah, parti pembangkang & parti bebas.

Faedah dari pengamalan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia
1.      Kestabilan & kemantapan politik di bawah sistem demokrasi berparlimen telah membolehkan kerajaan merangka, menggubal & seterusnya melaksanakan strategi-strategi pembangunan negara. Pembangunan yg pesat telah membolehkan semua pihak mengecap nikmat kemakmuran & kesejahteraan dlm hidup masing-masing.
2.      Kerajaan juga telah Berjaya melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yg bertujuan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum & menyusun semula masayarakat Malaysia bagi mencapai perpaduan serta mengekalkan keamanan & keselamatan negara. DEB adalah utk faedah rakyat negara ini. Dasar ini memperlihatkan usaha kerajaan bagi memastikan semua bangsa & kaum di negara ini menikmati kekayaan negara secara sama rata.
3.      Kerajaan juga menggalakkan pertumbuhan aktiviti ekonomi utk menyediakan peluang pekerjaan, menambah kemahiran, menggalakkan penggunaan teknologi moden & apa yg lebih penting adalah mempertingkatkan daya pengeluaran, pendapatan & kemakmuran negara.
4.      Kerajaan juga akan terus menggalakkan sektor swasta dlm usaha kerajaan utk memesatkan pembangunan negara, meningkatkan kecekapan & mencapai produktiviti yg lebih tinggi. Atas kesedaran inilah kerajaan melaksanakan dasar penswastaan & pensyarikatan Malaysia tanpa membelakangkan Dasar Ekonomi Baru.
5.      Kerajaan juga telah menitikberatkan pelajaran & pendidikan. Kemudahan-kemudahan pelajaran yg disediakan di negara ini bertujuan memupuk perpaduan negara & memenuhi keperluan negara rakyat terlatih. Sistem pelajaran & latihan membolehkan rakyat Malaysia melibatkan diri sepenuhnya dlm pembangunan negara. Kemudahan-kemudahan pelajaran yg diberikan oleh kerajaan, sama ada did lm atau di luar negara adalah dibiayai oleh rakyat & merupakan pelaburan utk menjamin kesejahteraan rakyat & negara pada masa hadapan. Oleh itu, rakyat berhak mendapat pulangan yg positif daripada pelaburan itu.
6.      Segala kemudahan yg diberi & disediakan oleh kerajaan mestilah digunakan utk memenuhi hasrat & harapan rakyat. Oleh itu, golongan belia khususnya di institusi-institusi pelajaran tinggi, sama ada didlm mahupun di luar negeri, supaya menumpukan masa & perhatian kpd tanggungjawab mencari ilmu. Mereka patutlah berwaspada terhadap tindak-tanduk mana-mana golongan yg sengaja memburuk-burukkan sistem pemerintahan negara yg diamalkan semenjak merdeka. Mereka haruslah sentiasa sedar bahawa dgn wujudnya sistem pemerintahan secara demokrasi, mereka mendapat kebebasan & kemudahan utk mencari ilmu.
Kebebasan beragama
1.      Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, namun setiap warganegara Malaysia berhak mengamalkan agamanya sendiri melalui perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
2.      Setiap individu berhak utk mengembangkan agamanya, tetapi undang-undang negeri & undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaaan agama dlm kalangan org yg menganuti agama Islam. Walau bagaimanapun, kebebasan diberikan kepada kerja-kerja mubaligh dalam kalangan orang bukan Islam.
3.      Di Sabah & Sarawak, undang-undang negeri yg ingin mmenyekat apa-apa agama, iktikad & kepercayaan dlm kalangan org Islam berkehendakkan undi sebanyak 2/3 drpd jumlah bilangan anggota Dewan Undangan Negeri. Tiap-tiap kumpulan agama berhak utk-
a.       Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri.
b.      Menubuhkan & menyelenggarakan yayasan-yayasan bagi maksud agama & khairat.
c.       Memperoleh & mempunyai harta serta memegang & mentadbirkannya mengikut undang-undang.








 Disediakan oleh,
        Felicianna






รจ sumber rujukan
Buku rujukan oxford fajar pengajian Malaysia edisi ke 4 oleh Mardiana Nordin & Hasnah Hussiin.


Thursday 25 September 2014

Sejarah Kemasukan Islam Di Borneo


SEJARAH KEMASUKAN ISLAM DI BORNEO


    Islam dipercayai menghampiri negeri Sabah pada abad ke-10 dan bertapak di Sabah selewat-lewatnya pada tahun-tahun akhir 1300 berdasarkan bukti bertulis jawi dalam bahasa Idahan di Kg Sapagaya, Lahad Datu.Sekitar abad ke-16, apabila negeri ini dibahagi kepada 3 zon, perkembangan Islam semakin meluas.
    Kawasan pantai di antara Pandasan hingga ke Kimanis di bawah kuasa de facto kesultanan Islam di Brunei; kawasan pantai dari Teluk Marudu hingga ke Sungai Sibuga di bawah kekuasaan Islam kesultanan Sulu; sementara bakinya sebagai kawasan bebas, iaitu kawasan pantai dari Pandasan ke Teluk Marudu di bawah kekuasaan pembesar-pembesar Islam yang bergelar Syerif.Hanya kawasan pedalaman dikuasai sendiri oleh beberapa suku kaum pribumi yang bukan Islam.
    Sepanjang persisiran Pantai Barat didiami oleh suku kaum yang beragama Islam. Suku kaum Brunei dan Kadayan di Labuan, Sipitang, Weston, Beaufort, Kuala Penyu, Menumbuk, Membakut, Bongawan, Kimanis hingga ke Papar,Sementara suku kaum Bajau menetap di Papar, kawang, Kinarut, Putatan, Tanjung Aru, Inanam, Menggatal, Mengkabong, Tuaran hingga ke Kota Belud dan kawasan utara Kudat dan Pulau Banggi.
     Pada masa awal perkembangannya, agama Islam sukar mempengaruhi suku kaum lain di Sabah seperti Kadazan, Dusun, Murut, Rungus dan lain-lain yang tidak suka hidup dengan pergantungan kepada pencarian hasil laut.Mereka banyak berada di kawasan daratan untuk mudah bercucuk tanam dan mengamalkan hidup sebagai pagan atau animisme. Kehidupan mereka yang berpindah randah di kawasan bukit bukau dan gunung ganang, terpisah dari kawasan yang sering dikunjungi oleh para muballigh Islam.
   Di antara pejuang-pejuang dan pahlawan Islam yang menentang Inggeris ialah Pengiran Usop yang dibunuh di Sungai Kimanis; Syerif Usman di Teluk Marudu, Haji Saman (1846) di Sungai Membakut, Datu Baginda Puteh (1879) di Sandakan, Paduka Mat Salleh yang gugur dalam pertempuran di Tambunan pada 31 Januari 1900. Sebelum perang dunia kedua, Putatan menjadi tempat penghijrahan ulama dari Kelantan pada tahun 1910an iaitu Haji Yaakub bin Haji Ali bin Abdullah. Sebelum ke Sabah, beliau mengembara dan berdakwah di Melaka, Selangor, Kedah dan Brunei.
   Haji Yaakub menetap berhampiran dengan Masjid Putatan dan beliau diangkat sebagai guru agama dan imam Putatan. Selepas berkhidmat sebagai 5 tahun sebagai imam Putatan, beliau dilantik sebagai Imam Jesselton pada 1920 dan dalam masa yang sama terus berkhidmat sebagai imam di Putatan buat beberapa tahun.Pada 12 Oktober 1934, Haji Yaakub mengangkat anaknya Haji Mohd Suhaili sebagai imam Putatan ketika Haji Suhaili baru berumur 16 tahun sehingga 11 Februari 1940 dan berhijrah ke Jesselton menjadi imam di sana menggantikan bapanya yang menghidap penyakit lumpuh.Haji Yaakub meninggal dunia semasa berumur 100 tahun pada tahun 1941 dan dikebumikan di tanah perkuburan batu 2 1/2 jalan Tuaran.

   Haji Suhaili mengasaskan penubuhan Khairat Jumaat Muslimin pada tahun 1947 bagi membangkitkan kesedaran berpersatuan setelah berkuburnya Parti Kebangsaan Melayu dan Barisan Pemuda di Sabah.
Walaupun khidmat dakwahnya semakin meluas di Pantai Barat, penduduk Putatan terus mendapat khidmat bimbingan beliau. Haji Suhaili meletak jawatan sebagai imam Jesselton pada 21 Januari 1951 dan berhijrah ke Kuala Belait Brunei serta bertugas sebagai Naib Kadhi.Haji Suhaili kembali ke Putatan setelah meletak jawatan pada 30 November 1951. Beliau bergerak dari daerah ke daerah untuk berdakwah sehingga beliau berhijrah pada 28 Februari 1954 ke Labuan. Bimbang dakwah Haji Suhaili semakin meluas, kerajaan Inggeris menghalau beliau keluar dari Sabah dengan notis 24 jam.Haji Suhaili kembali ke Brunei sehingga kembali ke Rahmatullah pada 4 Februari 1985.
    Kerja dakwah diteruskan oleh Awang Abd Latif bin Awang Mohd Taha yang merupakan menantu kepada Haji Yaakub. Beliau menjadi imam di Putatan pada 1 April 1934 selama 6 1/2 bulan sebelum berhijrah ke Tuaran dan menjadi imam daerah di sana.Nama-nama lain yang tercatat sebagai pendakwah di Putatan ialah Haji Ahmad Mus bin Hj Ismail (imam Putatan pada 40an-50an), Haji Milin Jeratil (imam pada tahun 50an), Haji Jilun, Haji Said Hj Ismail, Haji Satur, Haji Muhammad Said Hashim, haji Abd Sani Basi, Haji Mahali Abu Bakar, Haji Suin Abdul dan lain-lain.
   Perjuangan Imam Yaakub dan Imam Suhaili diteruskan lagi oleh Hj Awang Sahari Abd Latif, cucu kepada Haji Yaakub dan anak saudara kepada Haji Suhaili. Hubungan yang rapat dengan Haji Suhaili menyebabkan semangat perjuangan Islam terus membara dalam diri Haji Awang Sahari khususnya bagi menubuhkan persatuan Islam. Haji Awang Sahari bersama beberapa tokoh masyarakat menubuhkan Persatuan Islam Putatan (PIP) pada 1959, di samping kewujudan Persatuan Islam Sabah (PIS) dan Persatuan Islam Tawau (PIT). Antara kejayaan PIP ialah meubuhkan sebuah sekolah agama iaitu Madrasah Tahzibiah yang dirasmikan oleh Tun Datu Mustapha pada 1965.
   Bermula 1961, usaha-usaha menggabungkan ketiga-tiga persatuan ini dilakukan. Akhirnya setelah wakil-wakil PIS, PIP dan PIT diundang ke rumah Tun Datu Mustapha di Tanjung Aru pada awal 1969, mereka bersepakat untuk membubarkan persatuan mereka bagi membentuk persatuan Islam yang baru. Jawatankuasa penaja dibentuk, kongres diadakan dan berjaya menubuhkan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) pada ogos 1969. Tun Datu Mustapha sebagai Yang Dipertua dan terdapat wakil-wakil PIP, PIS dan PIT di dalamnya. Era perjuangan Islam lebih tegas dan meluas sehingga terisytihar Islam sebagai agama rasmi negeri Sabah.





                                 Permulaan Dakwah Islam di Sabah.


  
Bermula pada era penjajahan British iaitu kira-kira abad ke-14 yang lalu.
Pendakwah Islam yang pertama datang ke Sabah berasal dari Sulawesi dan menyebarkan Islam di Lahad Datu. Buktinya terdapat manuskrip dalam bahasa Ida’an yang mengesahkan kedatangan Islam yang awal berlaku di Lahad Datu.

Antara nama-nama Pendakwah : a) Mandur Syarif
-Menyebar Islam di Daerah Ranau ,b) Ustaz Zaini Al-Palembangi
-Daerah Lahad Datu

                        Sebab kewujudan gerakan Islam di Sabah.

• Tuntutan agama Islam sendiri, iaitu Islam wajib disebarkan kepada orang lain, Islam dan bukan Islam.
• Bersaing dengan mubaligh-mubaligh Kristian yang datang untuk menyebarluaskan ajaran Kristian.
• Pedagang-pedagang yang datang dari Indonesia, Filipina dan Brunei berdagang ke Sabah, seperti ke Sandakan, Tawau dan Lahad Datu. Mereka pada mulanya berhubungan dengan penduduk setempat untuk berurus niaga, akan tetapi dengan keramahan dan kemuliaan hati budi yang ditunjukkan oleh para pedagang, akhirnya menambat hati penduduk kampung di daerah-daerah tersebut.

 Kesan-kesan adanya aktiviti Dakwah di Sabah:

• Persatuan Islam Tawau (tahun 1950-1960-an)
• Persatuan Islam Putatan (tahun 1950-1960-an)
• Sekolah Agama At-Thudiniyyah, Kg. Buang Sayang, Papar (tahun 1956)
(Diasaskan oleh Allahyarham Datuk Salleh Ibrahim)
• Selepas Merdeka - Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (U.S.I.A)1959
Tujuan penubuhan U.S.I.A : Menyatukan semua pertubuhan-pertubuhan Islam.
• Political Strategy(Pemerintah ketika itu Parti USNO)Menyebarkan Islam kerana Pemerintah adalah beragama Islam.
• Untuk capai status Negeri Islam, mesti penduduknya seramai 60% beragama Islam.
• Agama Islam sebagai agama rasmi di Negeri Sabah telah mendapat kelulusan daripada Dewan Undangan Negeri pada tahun 1971.
• Rentetan daripada itu, Majlis Ugama Islam Sabah telah ditubuhkan pada 1791 bagi mengurus tadbir hal ehwal Islam.

Agama-agama lain di Sabah

• Kristian,• Buddha,• Hindu,• Sikh,• Pagan

Purata penduduk bukan Islam di Sabah Kira-kira seramai 40% daripada penduduk keseluruhan di Sabah. Purata penduduk bukan Islam yang memeluk Islam setiap tahun mulai tahun 2000 ialah kira-kira 1,300 orang – 2,000 orang.
 




disediakan oleh = Siti Nor Faziah Binti Md.Judin
sumber= https//abunuha.wordpress.com,
              mumtazhumaira.blogspot.com