Kesan politik
· - Kerajaan british telah
membuat keputusan untuk mempercepatkan pemberian kemerdekaan kepada tanah
melayu kerana kerajaan mendapati rakyat tanah melayu semakin menunjukkan rasa
tidak puas hati terhadap pentadbiran british. Selain itu, kerajaan juga ingin mendapat
sokongan rakyat supaya tidak memihak kepada komunis. Perikatan UMNO-MCA di
bawah pimpinan Tunku abd. Rahman memainkan peranan yang penting dalam proses
mencapai kemerdekaan. Hasil rundingan di london, tanah melayu diberi
kemerdekaan pada tahun 1957.
· - Pengisytiharan darurat
menyebabkan aktiviti politik di tanah melayu tergendala terutamanya dari parti
politik berhaluan kiri. Parti-parti politik berhaluan kiri yang dilihat
bersimpati dengan PKM telah diharamkan oleh kerajaan seperti parti kebangsaan
melayu malaya (PKMM), angkatan wanita sedar (AWAS) angkatan pemuda insaf (API)
dan MDU. Manakala pemimpin-pemimpinnya pula ditangkap dan dipenjarakan seperti
ahmad boestaman dan ishak hj. Muhammad. Terdapat juga parti-parti politik yang
bersifat sederhana terpaksa dibubarkan akibat tekanan daripada kerajaan
british. Contohnya, sebilangan besar pemimpin hizbul muslimin yang berpusat di
gunung semanggol ditangkap oleh kerajaan british dengan menggunakan peruntukan
di bawah undang-undang darurat, 1948. Namun , kerajaan british masih lagi
membenarkan parti politik berhaluan sederhana seperti UMNO, MCA dan MIC
meneruskan kegiatan mereka.
· - Pada tahun 1949,
pemimpin-pemimpin orang cina dalam majlis perundangan persekutuan terutamanya
datuk tan cheng lock telah memainkan peranan penting dalam penubuhan malayan
chinese association (MCA) pada tahun
1949. Tujuan penubuhan MCA adalah untuk membuktikan bahawa bukan semua orang
cina menyokong PKM. Penubuhan MCA ini telah dapat mengubah sikap orang cina
terhadap ideologi komunisme dan mereka telah menyokong kerajaan serta banyak
membantu kerajaan dari segi memberi pertolongan kepada setinggan-setinggan yang
dipindahkan ke kampung-kampung baru.
·
Kerajaan british juga
telah mengambil beberapa langkah iaitu mengadakan pilihan raya perbandaran
george town di pulau pinang (1951) , pilihan raya perbandaran kuala lumpur
(1952) dan pilihan raya persekutuan (1955). Dalam pilihan raya persekutuan,
perikatan UMNO-MCA-MIC membentuk kerajaan apabila memenangi 51 daripada 52
kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan tersebut mengambarkan rakyat tanah
melayu telah bersedia untuk merdeka. Kerajaan british telah memulakan rundingan
kemerdekaan dan akhirnya tanah melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
· - Sistem ahli juga telah
diperkenalkan pada tahun 1951-1952 oleh british sebagai langkah kearah
berkerajaan sendiri. Ahli-ahli dipilih daripada pelbagai kaum bertujuan untuk
mewujudkan kerjasama daripada pelbagai kaum. Melalui sistem ahli mereka diberi
tanggungjawab dalam jabatan pentadbiran sebagai persediaan untuk berkerajaan
sendiri.
· - Darurat juga telah
menyebabkan persekutuan tanah melayu terpaksa menandatangani satu perjanjian
pertahanan dengan kerajaan inggeris selepas merdeka. Perjanjian pertahanan ini
perlu kerana persekutuan tanah melayu tidak mempunyai kekuatan tentera yang
cukup untuk menentang komunis. Perjanjian pertahanan ini telah menyebabkan
wujudnya kecaman dan kritikan bahawa persekutuan tanah melayu tidak merdeka
sepenuhnya kerana masih bergantung kepada kerajaan inggeris walaupun telah
merdeka.
Kesan
ekonomi
· - Kerajaan juga terpaksa
membelanjakan wang yang banyak untuk membendung komunis. Kerajaan membelanjakan
sebanyak $250 000 hingga $ 300 000 setiap hari bagi tujuan keselamatan untuk
menghapuskan komunis. Sepanjang tempoh
pengisytiharan darurat kerajaan membelanjakan sebanyak $ 136.2 juta untuk
pertahanan dan sebanyak $ 721.9 juta untuk memperlengkapkan pasukan
keselamatan. Jumlah ini belum diambil kira peruntukkan kerajaan untuk
membangunkan kampung-kampung baru di bawah rancangan briggs. Perbelanjaan yang
besar ini telah menimbulkan beban kewangan kepada kerajaan iaitu sehingga tahun
1953, tanah melayu mengalami defisit belanjawan sebanyak $ 1.46 juta. Kedudukan
kewangan yang terbatas ini telah menyukarkan kerajaan untuk membangunkan semula
ekonomi tanah melayu.
· -Pengganas komunis telah
bertindak merosakkan landasan kereta api, jalan raya, lombong bijih timah,
menyerang kenderaan awam dan menetak beribu ribu batang pokok getah. Sabotaj
yang dilakukan oleh komunis ini bertujuan untuk melumpuhkan ekonomi tanah melayu.
Akibat tindakan komunis ini, kerajaan telah mengisytiharkan darurat dengan
mengadakan sekatan jalan raya dan perintah berkurung yang sering kali menganggu
kelicinan urusan perdagangan tanah melayu. Keadaan politik tanah melayu yang
bergolak ini menyebabkan pelabur-pelabur tidak berani melabur modal di tanah
melayu.
· - Usaha-usaha membanteras
darurat yang dijalankan oleh kerajaan british telah meninggalkan kesan yang
teruk terhadap ekonomi tanah melayu. Rakyat hidup tertekan kerana tidak dapat
menjalankan kegiatan ekonomi yang disebabkan undang-undang darurat. Rakyat
menderita dan sengsara akibat keganasan komunis sepanjang darurat. Ladang,
lombong dan balai polis menjadi sasaran serangan komunis, disamping terdapatnya
serangan ke atas pegawai keselamatan dan orang awam. Kerajaan pula terpaksa
menumpukan usaha membanteras pengganas komunis, keadaan ini menyebabkan
pengeluaran hasil bumi dan eksport tanah melayu terjejas.
· - Di bawah rancangan
briggs, kerajaan telah memindahkan penduduk-penduduk cina yang tinggal di
kawasan luar bandar dan pinggir hutan ke kampung-kampung baru. Kampung baru ini
dilengkapi dengan semua kemudahan, dipagari dan dikawal rapi. Dianggarkan
seramai satu hingga dua juta orang dipindahkan di bawah rancangan briggs.
Kerajaan juga telah membelanjakan sebanyak $ 7 juta pada tahun 1950 dan
meningkat kepada $ 155 juta pada tahun 1954. Peruntukan ini telah menjadi beban
kepada kerajaan kerana ekonomi tanah melayu selepas perang dunia kedua berada
di dalam keadaan muflis.
·
Kerajaan telah menubuhkan
rural industri development authority(RIDA) pada tahun 1950 yang bertujuan
memajukan ekonomi dan pendidikan masyarakat luar bandar khususnya orang melayu
dan sebagai memenuhi tuntutan mengimbangi penubuhan kampung baru untuk orang
cina.
Kesan sosial
·
Kempen memerangi
komunis dijalankan selama 12 tahun ( 1948-1960) yang menyaksikan rakyat hidup
menderita keganasan komunis. Pelaksanaan undang-undang darurat seperti perintah
berkurung amat menyusahkan hidup rakyat kerana tidak dapat menjalankan pekerjaan
dan aktiviti harian mereka. Bekalan beras berkurangan kerana semakin banyak
sawah ditinggalkan oleh petani tanpa diusahakan. Begitu juga dengan padi huma
dan kerja-kerja ladang yang lain seperti jagung, ubi dan pisang turut tidak
dikerjakan bagi menambah bahan makanan. Kekurangan makanan ini telah
menyebabkan kerajaan bertindak mencatukan makanan dan catuan yang dikenakan ini
menyebabkan rakyat terpaksa bergantung kepada ubi kayu dan keledek sama seperti
dialami semasa zaman jepun. Walaupun catuan makanan ini Berjaya menyekat
bekalan makanan daripada sampai kepada komunis, namun rakyat hidup menderita
akibat kekurangan makanan.
·
Melalui undang-undang
darurat, kerajaan boleh menahan sesiapa sahaja yang dianggap mengancam
keselamatan Negara atau disyaki bersubahat dengan komunis tanpa perlu dibicara
di mahkamah. Orang ramai tidak dibenarkan berkumpul melebihi 5 orang di tempat
terbuka tanpa mendapat kebenaran polis. Sesiapa yang membawa atau menyimpan
senjata api tanpa permit boleh dihukum bunuh. Ramai penduduk terutama orang
cina ditangkap dan dipenjarakan, sebahagian daripada mereka dihantar pulang ke
Negara china.
·
Masalah perkauman
antara orang melayu dan orang cina menjadi semakin serius. Orang melayu
menganggap semua orang cina adalah komunis dan orang melayu telah menyertai
pasukan keselamatan untuk membanteras komunis. Oleh itu, tindakan memerangi
komunis semasa darurat seolah-olah dilihat sebagai peperangan antara orang
melayu dengan orang cina. Masalah perkauman yang tercetus ini telah memberi
kesan penting ke atas kedudukan sosiopolitik di tanah melayu.
·
Ketegangan hubungan
antara kaum melayu dan cina telah mendorong pemimpin- pemimpin seperti dato’
onn jaafar, dato’ e.e.c thuraisingham dan datuk tan cheng lock berusaha untuk
meredakan ketegangan kaum dengan menubuhkan jawatankuasa perhubungan antara
kaum (JPAK) pada tahun 1949. Jawatankuasa ini diketuai oleh dato’ e.e.c
thuraisingham yang bertujuan untuk menjalin hubungan yang lebih baik antara
penduduk yang berbilang kaum di tanah melayu.
·
Untuk mendapatkan
sokongan orang bukan melayu terutamanya orang cina bagi membanteras komunis,
kerajaan telah melancarkan kempen “ memenangi hati dan fikiran rakyat “ dan melonggarkan syarat-syarat untuk
mendapat kerakyatan tanah melayu pada tahun 1952. MCA dijadikan juru bicara
kaum cina dengan kerajaan. Langkah ini membolehkan seramai 1.2 juta orang cina
dan 180 000 orang india menjadi warganegara tanah melayu sehingga tahun 1957.
Mereka juga diberi hak untuk memiliki tanah dan menikmati kemudahan pelajaran dan
kesihatan di kawasan kampung-kampung baru. Dengan cara ini, kerajaan dapat
memenangi hati dan fikiran orang cina agar menyokong kerajaan.
·
Dasar pelajaran
kebangsaan tanah melayu digubal untuk mewujudkan perpaduan dan persefahaman
antara kaum melayu, cina dan india. Dasar pelajaran kebangsaan yang digubal
berasaskan penyata pelajaran razak 1956, menetapkan kandungan sukatan pelajaran
semua jenis sekolah mestilah berteraskan hal ehwal tanah melayu, bahasa melayu
dijadikan bahasa penghantar utama di semua sekolah untuk mewujudkan
persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di tanah melayu.
Kerajaan merasakan perlunya kanak-kanak di tanah melayu dididik dengan ilmu
pengetahuan yang boleh memupuk semangat cinta dan taat setia kepada tanah air.
·
Penubuhan rancangan
briggs menyebabkan wujudnya ketidakseimbangan kependudukan kaum iaitu 86%
penduduknya terdiri daripada orang cina, 9% orang melayu dan 4% orang india.
Perubahan ini telah menyebabkan orang cina tertumpu di kawasan Bandar manakala
orang melayu kekal di kampung tanpa kemudahan moden seperti di kampung
baru.
Disediakan oleh,
Hidayat